Bersedia Gabung Dengan BN Sekadar Taktik Untuk Kaburi Mata Penyokong PAS Yang Masih Menyokong MN

0
61

GABUNGAN antara Barisan Nasional (BN) dan PAS mungkin boleh terjadi selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dalam usaha untuk membentuk kerajaan.

Pakar Geostrategik, Dr Azmi Hassan berkata, jika BN memperoleh undi yang tidak mencukupi dari Sabah dan Sarawak, maka parti itu perlukan satu lagi rakan parti politik.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

“Rakan parti yang terbaik ialah PAS. Sebab itu kerjasama antara PAS dan Umno dalam menubuhkan kerajaan persekutuan pasca PRU15 masih ada,” katanya kepada Majoriti.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan parti itu akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Dr Azmi berkata, kenyataan Takiyuddin itu juga sebenarnya adalah sebahagian daripada perang saraf untuk melegakan keresahan akar umbi.

“Kenyataan Takiyuddin untuk melegakan keresahan akar umbi walaupun perkara itu boleh memberi kesan negatif kepada PN.

“Ketika ini akar umbi resah kerana Muafakat Nasional (MN) tak terjadi. Sebab itu Takiyuddin kata ada kemungkinan gabung dengan BN.

“Maksud secara tersirat ialah dia mahu orang mengundi PAS serta tak mahu apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tercetus di mana akar umbi ada yang mengundi BN,” katanya.

Tambah Dr Azmi, Takiyuddin mahu PAS mempunyai undi yang banyak dan sebab itu dia memilih untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Namun, apa yang merisaukan ialah sejauh mana kenyataannya itu memberi kesan yang negatif kepada Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, kenyataan Takiyuddin mengundang reaksi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa tiada sebarang penggabungan dengan parti lain dibuat selepas PRU15.

“Tujuan Perikatan Nasional bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN dan PH.

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here