Hapus Tol: Pakatan Harapan Layak Digelar Penipu Bersiri?

0
444

Ibarat sudah kehabisan modal dan mengharap rakyat terus tertipu, Pakatan Harapan melalui Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kembali buat kali ketiga menjanjikan pemansuhan tol.

Artikel Sinar Harian

Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Sekiranya dibuka kembali lipatan sejarah, janji ini adalah merupakan siri ketiga dalam isu berkaitan menghapuskan tol. Kali pertama janji dibuat berkaitan penghapusan tol lebih tertumpu kepada Tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) seperti diumumkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) sebelum ini. Selepas mengambil alih kepimpinan Pulau Pinang sejak 11 Mac 2008 sehingga kini, DAP melalui Pakatan Rakyat pada ketika itu masih gagal memenuhi janji mereka.

Kegagalan memansuhkan tol Sungai Nyior disusuli dengan alasan mereka tidak beruoaya melakukan perubahan tersebut kerana tidak berkuasa di peringkat persekutuan.

Pada PRU14, janji memansuhkan tol diseluruh negara terus dijadikan modal untuk memancing undi rakyat sekiranya mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara pada ketika itu.

Artikel Dari Roketkini
Artikel Daripada Roketkini

Pada ketika itu, Lim Guan Eng menegaskan, “Kalau menang di Putrajaya, baru kita ada kuasa untuk melakukannya. Menang kerajaan Negeri saja tidak cukup kuasa untuk menghapuskan tol dan cukai GST,”. Tetapi selama 22 bulan Pakatan Harapan berkuasa di Putrajaya, hanya GST yang mampu dihapuskan, tidak tol. Malahan banyak janji-janji 100 hari tidak mampu ditunaikan.

Masihkah rakyat akan termakan janji penghapusan tol sekali lagi selepas dua siri sebelumnya gagal dilaksanakan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here