Friday, August 19, 2022
ISU SEMASAParti Bersatu Perluas Formula Bantu Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Barang

Parti Bersatu Perluas Formula Bantu Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Barang

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan serta keperluan harian mencukupi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Justeru itu, Bersatu akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksanakan di beberapa kawasan.

“Program ini mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hamzah berkata, mesyuarat MPT antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat. –Sinar Harian

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular