Antara Nama Yang Perlu Kekal Sebagai Menteri…

0
1369

Kesemua 114 ahli Parlimen yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 dipanggil ke Istana Negara pagi Khamis 19 Ogos bagi mengesahkan sokongan mereka itu.

Difahamkan hanya kumpulan yang mempunyai sokongan teramai daripada ahli-ahli Parlimen saja yang dipanggil menghadap pada kira-kira jam 10 pagi.

Menurut perkiraan tidak rasmi tapi sahih, Naib Presiden UMNO itu telah memperoleh 114 sokongan daripada akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen.

  • PPBM 31, Pas 18, UMNO 37, MCA 2, MIC 1, GPS 18, Bebas 4, PBRS 1, PBS 1, STAR 1 (114 SD)
  • Anwar Ibrahim memperoleh 92 SD.
  • PKR 35, DAP 42, PAN 11, Bebas 2, PSB 2 (92 SD).
  • Yang tidak menghantar SD ialah 13 ahli Parlimen. Iaitu Pejuang 4, Warisan 8 dan UPKO 1 (13 SD).
  • Manakala, Tengku Razaleigh Hamzah dari UMNO mencalonkan nama beliau sendiri.

Pengesahan hanya akan berlaku melalui perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dijangka pada Jumaat.

Pembentukan Jemaah Menteri harus diusahakan dengan sesegera mungkin kerana kita sedang berada dalam pelbagai krisis yang meruncing.

Krisis ekonomi dan kesihatan yang masih membelenggu kehidupan rakyat tidak boleh dibiarkan begitu lama kerana ia menimbulkan kesan negatif yang lebih serius.

Justeru, beberapa kementerian yang amat penting semasa krisis sekarang harus mempunyai menterinya segera.

Antaranya KKM, MOSTI, MINDEF, KDN, MOF dan Kementerian Luar.

Kerajaan pimpinan UMNO harus cepat bertindak dengan melantik terlebih dahulu menteri bagi kementerian-kementerian berkenaan.

Dicadangkan, menteri terdahulu dilantik kembali untuk memimpin enam kementerian berkenaan.

Terutama Dr. Adham Baba, Khairy Jamaluddin, Tengku Zafrul dan Hishammuddin Tun Hussein.

Jika nak lebih berkesan, tokoh-tokoh ini perlu dilantik sebagai Menteri Kanan supaya misi dan visi kerajaan untuk melawan pandemik Covid-19 akan lebih pantas dan berkesan.

Pemilihan nama-nama itu bukanlah bersifat sentimen politik, sebaliknya ia hasil pemerhatian ramai orang dan ‘cakap-cakap mulut’ di sana sini setelah kita ketiadaan Jemaah Menteri.

Mereka antara pemimpin yang cukup berkesan dalam menjalankan tugas semasa pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional selama lebih 500 hari sebelum ini.

InsyaAllah kita akan menang dan seluruh negara kembali pulih, dengan cara melantik semula beberapa orang bekas menteri ini untuk kembali ke barisan kabinet baharu. – MSENTRAL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here