Tuesday, September 21, 2021
DUNIAKorea Selatan sasar jadi pengeluar vaksin kelima terbesar dunia menjelang 2025

Korea Selatan sasar jadi pengeluar vaksin kelima terbesar dunia menjelang 2025

SEOUL, 5 Ogos  — Korea Selatan menyasarkan untuk menjadi negara pengeluar vaksin kelima terbesar dunia dalam tempoh empat tahun akan datang, sejajar dengan usaha negara ini untuk menjadi hab pengeluaran vaksin COVID-19 global, lapor Yonhap.

Presiden Moon Jae-in turut berikrar untuk menjadikan pembangunan vaksin sebagai satu daripada tiga bidang teknologi strategik negara, bersama dengan bidang semikonduktor dan bateri, dan melabur 2.2 trilion won (US$1.92 bilion) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat mengenai strategi hub vaksin kerajaan yang diadakan di Pejabat Presiden (Cheong Wa Dae) pada Khamis.

Katanya, vaksin COVID-19 yang dihasilkan dalam negara bakal memasuki ujian klinikal fasa tiga bulan ini dan berharap ia dapat digunakan secara komersial pada pertengahan 2022.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular