Tuesday, September 21, 2021
ISU SEMASAKhaled Nordin Tunai Janji, Letak Jawatan Dalam Boustead Holdings

Khaled Nordin Tunai Janji, Letak Jawatan Dalam Boustead Holdings

UMNO secara jelas telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selaku Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad berkuatkuasa esok Khamis, 5 Ogos 2021.

“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Khaled juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Boustead Holdings Berhad yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatannya selaku Pengerusi kepada syarikat sejak Mei 2020.

“Saya yakin dan percaya syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk terus berperanan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, khususnya dalam memastikan pulangan berterusan kepada pemegang saham utama iaitu tabung persaraan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” katanya lagi.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular