Kemelut politik diharap tidak jejaskan usaha tangani COVID-19

0
377

TUMPAT, 4 Ogos  — Kerajaan Kelantan berharap kemelut politik yang berlaku ketika ini tidak menjejaskan usaha semua pihak dalam menangani pandemik COVID-19.

“Bagi Kelantan, Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang terkesan berkaitan isu ini. Cuma kita berharap usaha tangani COVID-19 tidak tergendala sebab itu yang paling utama,” kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob kepada pemberita di sini hari ini.

Namun katanya, sebagai ketua kerajaan negeri beliau hanya mahu melihat suasana aman dan orang Melayu bersatu padu dan menjunjung ketinggian agama Islam.

“Kita sayang kepada perpaduan Melayu dan mahu mengangkat Islam setinggi-tingginya.

“Memang setakat ini kita di Kelantan tidak ada apa-apa yang terkesan cuma tunggulah apa perkembangan di peringkat pusat,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata di Kelantan hubungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada daripada PAS atau UMNO adalah amat baik.

Beliau berharap hubungan itu akan berterusan dan rakyat tidak perlu bimbang.

“Insya-Allah apa pun kita ambil pendekatan terus membantu rakyat,  Kelantan kita ni 95 peratus adalah Melayu,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here