AMM : Hishammuddin Bakal Ketuai Negara

0
417

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) ke-54 secara persidangan video mulai esok hingga 7 Ogos depan.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, Menteri Luar Negeri ASEAN akan membincangkan kemajuan Pembangunan Komuniti ASEAN, Keutamaan dan Hasil Utama ASEAN termasuk strategi bersama pemulihan sosioekonomi Covid-19.

Katanya, turut dibincangkan ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Keselamatan Politik ASEAN 2025, isu-isu serantau serta persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang dijadualkan pada Oktober depan.

“Secara keseluruhannya, Hishammuddin dijadual menyertai 18 mesyuarat sepanjang enam hari AMM ke-54 ini antaranya Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-23 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-29.

“Beliau juga akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sempena Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-11 dan Forum Serantau ASEAN ke-28, ” jelasnya.

Kesemua mesyuarat tersebut akan dihoskan oleh Brunei Darussalam, selaku Pengerusi ASEAN 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here