Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASADG Dr Noor Hisham Patut Letak Jawatan - Lana Nordin, Rita Rudaini

DG Dr Noor Hisham Patut Letak Jawatan – Lana Nordin, Rita Rudaini

Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Lana Nodin menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jawatan susulan kes yang dicatatkan naik mendadak.

Gesaan pelakon itu turut dipersetujui rakan artis Rita Rudaini yang mengatakan kenyataan Lana itu tidak salah dan ramai lagi rakyat Malaysia turut meminta perkara sama.

“Saya tak rasa kenyataan Lana itu salah. Ramai lagi lah yang minta DG step down. Bukan Lana seorang je kat Malaysia ni.

“Tapi tu lah manusia ni takde modal kutuk sampai family dan anak2 dia. So yang keji adalah yang mengeji dan menghina. Tapi sistur pun sokong DG step down,” tulisnya.

Dalam satu lagi entri di Insta Story, Rita turut menegaskan setiap orang mempunyai hak untuk bersuara termasuklah Lana Nodin serta turut memberikan situasi sama dimana rakyat boleh sahaja bersuara mahukan menteri letak jawatan.

“Apa bezanya Lana dengan orang yang minta Jemin Ali (Azmin Ali), Muhyiddin letak jawatan? Masing-masing ada hak bersuara kan.

“Takkan korang je boleh suruh menter-menteri lain letak jawatan tapi Lana tak boleh pilih menteri mana yang dia rasakena berundur?” tulisnya lagi.

Sementara itu, Rita turut mempersoalkan tindakan pengarah terkenal Michael Ang yang memuat naik hantaran seakan menyindir Lana Nodin. Rita turut bertanyakan kepada Michael sama ada dia mempunyai masalah mental atau kemurungan.

“Semua isu hang nak masuk, semua isu hang nak cakap. Hang dah cukup sempurna ke? Hang ni suka menghasut umat Islam, rakan industri dan sesama artis bertelagah. Hang ni ada masalah mental atau kemurungan kah?” tulisnya.

Terdahulu, Lana turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jatawan serta merta.

Malah, Lana turut menyifatkan foto DG Hisham yang sempat diambil oleh pihak media berada dalam keadaan sedih dan penat hanya lakonan semata-mata.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular