Wednesday, October 20, 2021
ISU SEMASAJalaluddin Alias Tanya CITF "Apa Cerita Sebenarnya Ini?"

Jalaluddin Alias Tanya CITF “Apa Cerita Sebenarnya Ini?”

“Baru beberapa jam saya share (kongsi) tentang keputusan membenarkan kanak-kanak dan remaja daftar pengambilan suntikan vaksin #Covid19 , tiba-tiba keluar pula kenyataan dari CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) yang mengatakan remaja 17 tahun ke bawah takkan divaksinkan.

“Apa cerita sebenarnya ini?,” tanya Ahli Parlimen Jelebu mengenai isu penukaran keputusan kerajaan membenarkan mereka berumur 17 tahun ke bawah untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu kenyataan yang dihantar kepada portal MSentral memaklumkan, beliau berasa pelik dan tertanya-tanya mengenai laporan media daripada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang berbeza-beza selang sehari.

“Laporan berita pada 21 Julai 2021 memberitahu bahawa CITF mengesahkan perkara itu pada hari rabu.

“Boleh rujuk disini.

“Namun sehari selepas itu, CITF memaklumkan bahawa remaja di bawah umur 17 tahun tidak akan disuntik vaksin pula.

“Saya baca di sini tadi,” katanya lagi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu juga bantu menyampaikan soalan rakyat mengenai isu tersebut.

“Saya nak panjangkan soalan dari rakyat yang bertanya, kenapa perlu dibenarkan remaja dan kanak-kanak daftar di MySejahtera sedangkan tidak diberi suntikan?

“Seolah-olah suntik angin (picagari kosong) walaupun seseorang itu complete (selesai) mengikut prosedur proses vaksinasi.

“Persoalan saya, jika tak benarkan mereka disuntik kerana ditakuti risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung), tidak perlulah CITF memberi harapan palsu dan memainkan perasaan rakyat sebegini,” kata Jalaluddin.

Sebelum ini Jalaluddin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana membuat inisiatif membenarkan mereka berumur bawah 17 tahun layak mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 melalui MySejahtera. – MSentral

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular