Thursday, October 21, 2021
SUKANOlimpik Tokyo, 10 lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan: Jawatankuasa Penganjur

Olimpik Tokyo, 10 lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan: Jawatankuasa Penganjur

TOKYO, 21 Julai — Sebanyak 10 lagi kes jangkitan COVID-19 direkodkan menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik kenyataan jawatankuasa penganjur.

Mereka yang dijangkiti itu masing-masing seorang atlet dan pegawai kontinjen asing manakala selebihnya terdiri petugas tempatan.

Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan yang dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik.

Jangkitan COVID-19 turut dikesan dalam kalangan empat atlet dan pegawai pengiring di kem latihan di luar Tokyo, tambah penganjur.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular