Thursday, October 21, 2021
DUNIALima bandar China rintis pembinaan pusat perbelanjaan antarabangsa

Lima bandar China rintis pembinaan pusat perbelanjaan antarabangsa

BEIJING, 21 Julai  — Lima bandar di China iaitu Shanghai, Beijing, Guangzhou, Tianjin dan Chongqing dipilih menjadi perintis untuk program pembangunan pusat perbelanjaan antarabangsa, menurut Kementerian Perdagangan (MOC).

Pengarah Pusat Kerjasama Ekonomi Serantau di bawah MOC, Zhang Jianping berkata, pasaran pengguna di China semakin luas dan pasaran runcit muncul sebagai yang terbesar dunia.

Menurutnya, pemilihan itu berdasarkan tahap keterbukaan dan kuasa beli serta daya tarikan yang tinggi di lima bandar berkenaan.

Selain menghimpunkan produk dan perkhidmatan berkualiti serata dunia, pusat perbelanjaan berkenaan juga berperanan untuk membangunkan jenama tempatan.

Zhang menambah, program rintis itu amat bermakna bagi mewujudkan paradigma pembangunan baharu, menjana ekonomi berkualiti selain memenuhi aspirasi rakyat untuk kehidupan lebih baik.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular