Friday, August 6, 2021
DUNIACIMB Thai Bank catat untung bersih 954.8 juta baht Thailand bagi separuh...

CIMB Thai Bank catat untung bersih 954.8 juta baht Thailand bagi separuh pertama 2021

KUALA LUMPUR, 21 Julai  — Keuntungan bersih CIMB Thai Bank PCL bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir 30 Jun, 2021 susut sebanyak 431.1 juta baht Thailand (100 baht Thailand = RM12.90) atau 31.1 peratus tahun ke tahun kepada 954.8 juta.

CIMB Thai Bank dimiliki 94.83 peratus secara tidak langsung oleh CIMB Group Holdings Bhd (CIMB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Paul Wong Chee Kin berkata keuntungan bersih yang rendah itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan kerugian kredit sebanyak 19.1 peratus tahun ke tahun kesan daripada pertambahan peruntukan ekoran ketidaktentuan ekonomi dan peralihan kredit daripada pelanggan yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, pendapatan operasi disatu CIMB Thai Bank menurun 644.2 juta baht Thailand atau 8.1 peratus tahun ke tahun kepada 7.28 bilion baht Thailand.

“Pendapatan operasi yang lebih rendah itu disebabkan oleh kejatuhan pendapatan faedah bersih sebanyak 11.7 peratus dan penurunan 2.3 peratus dalam pendapatan lain, diimbangi oleh pengembangan 8.9 peratus dalam pendapatan fi dan perkhidmatan bersih,” katanya.

Bagi asas tahun ke tahun, beliau berkata, pendapatan fi dan perkhidmatan bersih meningkat 61.6 juta baht Thailand atau 8.9 peratus, hasil daripada pendapatan tinggi pembrokeran insurans dan taja jamin, manakala pendapatan faedah bersih menurun sebanyak 672.5 juta baht Thailand atau 11.7 peratus berikutan pendapatan faedah dan perniagaan sewa beli rendah daripada pengembangan kredit rendah.

Beliau berkata, perbelanjaan operasi susut sebanyak 579.9 juta baht Thailand atau 12.3 peratus sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurusan kos dan pengoptimuman sumber yang lebih baik dan nisbah kos terhadap pendapatan meningkat kepada 56.7 peratus pada tempoh enam bulan pertama 2021 berbanding 59.5 peratus pada tempoh yang sama 2020.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular