Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASAWujud segera rumah gelandangan sementara atasi penularan COVID-19

Wujud segera rumah gelandangan sementara atasi penularan COVID-19

JOHOR BAHRU, 6 Julai  — Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan golongan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Tunku Ismail bertitah dalam keadaan pandemik COVID-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terdedah kepada jangkitan virus tersebut kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.

“Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal. Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah,” titah baginda.

Selain itu, Tunku Ismail bertitah agar pembinaan pusat transit gelandangan di bandar raya itu dapat dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan dapat tempat tinggal yang lebih selesa selain dapat menerima bantuan dari segi makanan dan kesihatan.

Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri Johor berhubung keperluan memberi vaksin kepada gelandangan di bandar raya itu sebagai antara langkah bagi mengelak penularan kes COVID-19 melibatkan golongan tersebut.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular