Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASAIsu AstraZeneca : KJ Kata Kerajaan Akan Dapatkan Penjelasan EU

Isu AstraZeneca : KJ Kata Kerajaan Akan Dapatkan Penjelasan EU

Kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dakwaan Agensi Perubatan Eropah (EMA) hanya meluluskan vaksin AstraZeneca melalui Sijil Digital Covid-19 EU

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pada Malaysia jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada penerima yang menerima vaksin berkenaan.

“Kita juga harap tiada diskriminasi dari segi dari kilang mana vaksin itu datang kerana kilang AstraZeneca menggunakan formula yang sama, sama ada kilang di Eropah, India, Korea Selatan atau Thailand.

“Jadi bagi saya, untuk asingkan kilang tertentu itu nampak tidak adil. Bagaimanapun, kita akan terus meminta penjelasan daripada EU melalui wakilnya di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, hari ini.

Mengenai sesetengah vaksin yang tidak diterima oleh negara tertentu termasuk Arab Saudi, kata Khairy ia masih di peringkat perbincangan.

Menurut beliau, sebahagian besar negara Islam seperti Indonesia, Pakistan dan Turki termasuk Malaysia menggunakan vaksin dari China yang diiktiraf WHO.

“Justeru, apabila Arab Saudi memaklumkan ia tidak mengiktiraf (vaksin dari China), bagaimana jemaah dari negara berkaitan akan ke tanah suci, contohnya pada tahun depan.

“Isu pengiktirafan vaksin ini menjadi satu perkara yang perlu dibincang dan diperhalusi di peringkat antarabangsa. Jadi, kita harap tiada diskriminasi (vaksin),” katanya.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular