Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASAEmpat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarah tutup

Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarah tutup

SEREMBAN, 1 Julai — Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata menerusi pemeriksaan oleh agensi penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP itu, tiga daripada kilang tersebut turut dikompaun atas kegagalan majikan memastikan had kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja dengan sebuah kilang didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Jelasnya, sebuah lagi kilang diarahkan tutup selepas didapati terdapat kes positif COVID-19.

“Sebanyak 12 kilang diperiksa dalam operasi bersepadu yang bermula 1.30 tengah hari dengan disertai 80 anggota daripada enam agensi. Kami mendapati terdapat sebuah kilang yang pernah dikompaun sebelum ini melakukan kesalahan berulang,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Beliau berkata tindakan diambil mengikut Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Turut menyertai operasi berkenaan Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan Roslin Abd Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular