Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASABeri Kepercayaan Kepada Dr Adham Untuk "Putihkan Code Black" Malaysia

Beri Kepercayaan Kepada Dr Adham Untuk “Putihkan Code Black” Malaysia

 

Oleh : Ts. Dr. Kareena Kamarudeen

Isu kontrak doktor yang kini melimpah sehingga lebih 23,000 orang bukan baru bermula. Sejak tahun 2012, negara kita telah menghasilkan lambakan doktor dalam negara disebabkan berlakunya pertambahan pusat pengajian berkaitan kesihatan.

Untuk langkah singkat, kerajaan pada tahun 2016 telah mengambil para graduan perubatan berkenaan sebagai doktor kontrak dan berkhidmat dengan kerajaan.

Isu ini bukan baru berlaku di zaman Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan. Ia telah lama tercetus dan mungkin pada Julai 2021 ini, perasaan sabar para doktor kontrak ini sudah tak mampu dikawal lagi.

Namun pendekatan yang diambil oleh Dr Adham cukup smart and steady. Pada November 2020 iaitu kira-kira 8 bulan selepas beliau mengambil alih jawatan Menteri Kesihatan, Dr Adham umumkan gred Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian berstatus kontrak daripada Gred UD41 kepada Gred UD43, setara pegawai lantikan tetap.

Ini termasuklah menyambung mana-mana kontrak yang akan tamat pada tahun 2020. Sambung kontrak, bermaksud sambunglah gaji, elaun, kelayakan tambahan dan ada pekerjaan. Tidak menjadi penganggur semasa pandemik Covid-19 seperti profesion lain.

Untuk pengetahuan umum, tidak ada mana-mana profesion lain dalam negara ini yang mendapat manfaat sebesar itu. Sudahlah lantikan kontrak mereka disambung, gred mereka pula diselaras setara dengan lantikan tetap.

Pada Jun 2021 pula, Dr Adham sekali lagi membela nasib para doktor kontrak dengan berjanji akan membawa permasalahan besar tersebut ke peringkat Jemaah Menteri. Di sana nanti, pasti kerajaan cuba berbincang memberi inisiatif terbaik kepada mereka yang terlibat.

Bukannya kerajaan taknak menetapkan puluh ribu doktor kontrak ini, tapi ia perlukan penelitian terperinci dari SPA, JPA dan Kementerian Kewangan. Jika sekali pun KKM setuju untuk serap, apa pula pandangan Kementerian Kewangan mengenai implikasi kewangan?

Maka taruhlah kepercayaan baik kepada KKM untuk memperjuangkan isu doktor kontrak yang berleluasa sejak beberapa dekad ini. Walaupun KKM sedang fokus kepada melawan Covid-19, namun mereka masih bersifat prihatin dengan memperjuangkan juga nasib para doktor kontrak ini.

Penulis merupakan seorang bekas Pegawai Sambilan Harian (PSH) di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan kini bertugas sebagai Pegawai Sains (lantikan tetap) di salah sebuah universiti awam tempatan.

Ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja. Terima kasih.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular