Wednesday, October 20, 2021
NASIONALMASkargo catat penghantaran vaksin Sinovac terbesar setakat ini

MASkargo catat penghantaran vaksin Sinovac terbesar setakat ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun — MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), bahagian perniagaan kargo Malaysia Aviation Group (MAG), telah membuat penerbangan penghantaran terbesar vaksin Sinovac COVID-19 setakat ini dari China.

Ia telah membawa tiga juta dos vaksin dari Beijing melalui Airbus 330-300.

“Pengendalian lancar penghantaran vaksin adalah keutamaan kami memandangkan kempen vaksinasi di seluruh negara sedang bergerak sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Operasi MASkargo, Mohd Zulkefli Ujang dalam satu kenyataan.

Beliau berkata syarikat itu berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk membawa masuk penghantaran ini dan menjadi sebahagian daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular