Saturday, October 23, 2021
NASIONALMAHB akan buka fasiliti saringan COVID-19 swasta di KLIA

MAHB akan buka fasiliti saringan COVID-19 swasta di KLIA

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan membuka fasiliti saringan COVID-19 swasta di lapan lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai Julai ini.

MAHB dalam satu kenyataan memaklumkan lima daripada fasiliti berkenaan terletak di terminal utama KLIA manakala tiga lagi di terminal KLIA2, dan ia akan dilengkapi dengan ruang rehat serta tempat duduk yang selesa untuk penumpang sementara menunggu keputusan ujian saringan masing-masing.

“Fasiliti baharu ini adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh MAHB dalam usaha meningkatkan keselesaan dan kemudahan selain memastikan pelaksanaan protokol keselamatan perjalanan di lapangan terbang,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pihaknya telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan penyedia perkhidmatan yang dilantik mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan perkhidmatan saringan itu.

“Kami yakin kemudahan baharu ini akan memberi kesan positif kepada kepada permintaan pelancongan apabila sempadan dibuka kembali. Kemudahan ini juga dijangka memenuhi keperluan kira-kira 40,000 penumpang setiap hari yang cukup untuk menampung kemasukan antarabangsa di kedua-dua terminal setelah keadaan pulih,” katanya.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular