Thursday, October 21, 2021
NASIONALKes gangguan emosi di N.Sembilan sepanjang PKP menunjukkan penurunan

Kes gangguan emosi di N.Sembilan sepanjang PKP menunjukkan penurunan

SEREMBAN, 26 Jun — Kes gangguan emosi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  di Negeri Sembilan merekodkan trend penurunan sebanyak 97 kes dari awal tahun ini hingga bulan Jun berbanding 319 kes bagi tempoh sama pada 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes gangguan emosi sepanjang PKP dari 1 Jun hingga Selasa lepas dikendalikan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

Beliau berkata ia melibatkan 49 kes disebabkan masalah kewangan dan terputus sumber makanan manakala tiga lagi membabitkan keganasan rumah tangga.

“Tiada spesifik kes kemurungan yang dilaporkan dan ia hanya melibatkan tekanan hidup. Antara usaha yang dilakukan JKM ialah menjalankan khidmat nasihat dan sokongan psikososial serta rujukan ke agensi lain, bantuan kewangan dan bakul makanan bagi kes-kes bersesuaian,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika mengulas kes suami mengurung isteri dan dua anaknya di sebuah rumah di Taman Nusa Intan pada Isnin lepas, Tan berkata lelaki itu bukan mengalami tekanan kerana kehilangan pekerjaan akibat PKP sebaliknya memang memiliki rekod berkaitan masalah mental dan sedang menjalani rawatan.

Media melaporkan lelaki itu dipercayai bertindak demikian kerana menghadapi tekanan perasaan, bagaimanapun ahli keluarganya dapat diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Senawang pada Selasa. – BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular