Thursday, December 9, 2021
POLITIKBERNAMA - Sidang DUN Kelantan secara bersemuka

BERNAMA – Sidang DUN Kelantan secara bersemuka

KOTA BHARU, 26 Jun — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bakal dilaksanakan secara bersemuka, kata Speakernya Datuk Abdullah Ya’kub.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat.

Abdullah berkata bagaimanapun, tarikh persidangan DUN Kelantan hanya akan diketahui selepas tarikh sidang Parlimen ditentukan.

“Persidangan DUN Kelantan tetap akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 sebagaimana yang dilakukan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

“Kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kali terakhir, DUN Kelantan bersidang ialah pada 13 April 2020 dan berlangsung selama 45 minit ekoran pelaksanaan PKP.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular