Friday, August 6, 2021
GAYA HIDUPAstro tawar perkhidmatan penstriman Netflix di platformnya

Astro tawar perkhidmatan penstriman Netflix di platformnya

 

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Astro Malaysia Holdings Bhd dan Netflix telah memeterai penjanjian strategik yang akan membawa perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro.

Astro berkata pelanggannya bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama itu dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

“Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan berkata kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan nombor satu bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.

— BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular