Jalaluddin Wakili Malaysia Ke Dialog Parlimen ASEAN Dan Kesatuan Eropah (EU)

0
399

Negara-negara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) berkumpul beramai-ramai dalam satu sesi secara maya pada hari ini.

Bertujuan membincangkan isu-isu semasa mengenai negara-negara anggota, terutama melibatkan isu kesihatan global seperti pandemik Covid-19.

Dialog Antara ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) – European Parliament (EP) berlangsung pada petang Selasa waktu Malaysia dijalankan secara virtual dengan penglibatan wakil-wakil rakyat bagi negara-negara anggota.

Malaysia telah diwakili Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias di acara yang bermula sekitar jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang waktu Malaysia.

Jalaluddin telah menggariskan tiga perkara utama dalam sesi dialog tersebut, antaranya:

1. Kerjasama perdagangan yang baik antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) haruslah dikekalkan dan diperkukuhkan. EU kini merupakan rakan dagang ke-3 terbesar ASEAN;

2. Malaysia dan EU perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan isu boikot produk minyak sawit Malaysia oleh Kesatuan Eropah (EU); dan

3. Pengagihan vaksin yang lebih saksama dikalangan negara-negara membangun. EU perlu menghentikan monopoli pasaran vaksin dunia.

Dalam satu kenyataan, Jalaluddin mengharapkan hubungan baik tersebut dapat dikekalkan dalam usaha sejagat memerangi pandemik Covid-19 ini.

“Diharapkan hubungan baik antara ASEAN dan Kesatuan Eropah ini akan dapat dikekalkan, dan semua negara perlu bekerjasama untuk bangkit semula pasca pandemik Covid-19,” katanya. – MSENTRAL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here