Thailand Sifatkan De Paula Berbahaya

0
1041

Kuala Lumpur: Ketika peminat bola sepak negara meragui kemampuan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula, senario itu nyata berbeza buat kem Thailand apabila menyifatkan pemain itu mampu mencipta bahaya pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Al Maktoum, awal pagi ini.

Jelas pembantu jurulatih Thailand, Anurak Srikerd, pengendali utama pasukan Akira Nishino mengakui De Paula memiliki fizikal sempurna sebagai seorang penyerang.

“Penyerang mereka yang beraksi sebagai target man dan pemain pertahanan mereka nampak kuat.

“Untuk menewaskan pasukan seperti ini, kami harus bekerja sebagai satu pasukan, dan menang dengan corak permainan menyerang yang berkualiti,” katanya seperti dipetik daripada portal thairath.co.

Ujarnya lagi, skuad Gajah Perang tetap yakin mampu meraih kemenangan ke atas Malaysia.

“Kami sudah mengkaji corak permainan pasukan Malaysia, dan juga pemain mana yang mungkin akan diturunkan mereka menentang kami selepas ini.

“Mereka mempunyai pemain yang bagus di setiap posisi, terutamanya dari kalangan pemain naturalisasi. Kami akan berhadapan dengan barisan pemain yang mempunyai kelebihan fizikal.

“Tetapi tiga mata menentang Malaysia amat berharga. Ia akan mempengaruhi kedudukan kumpulan di pusingan kelayakan Piala Asia 2023. Saya tetap yakin kami mampu melakukannya selepas 45 hari bersama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here