Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAHantaran Jelik Terhadap Sultan Johor: Ibu Neelofa Mohon Maaf, Dakwa Pengurus Media...

Hantaran Jelik Terhadap Sultan Johor: Ibu Neelofa Mohon Maaf, Dakwa Pengurus Media Sosial Cuai dan Tidak Sengaja Muat Naik Ke Instagram Story Miliknya

“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik…”

Itu adalah antara rantaian kata yang dimuat naik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagram beliau pada Ahad.

Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot) dari akaun Instagram @noorkartini iaitu milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.

Dalam tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani kebimbangan lonjakan penularan COVID-19.

Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang dipercayai mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.

Warga maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu, telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku Idris.

Sehingga petang Ahad, perkara itu masih menjadi bualan pengikut Tunku Idris berdasarkan hantaran baharu di Instagram Story Tunku Temenggong itu.

Pada masa yang sama, hantaran berkenaan di Instagram Story Noor Kartini itu dipercayai sudah dipadamkan.

Pada petang Ahad, Astro AWANI telah menerima mesej di aplikasi WhatsApp berhubung isu berkenaan daripada pihak pengurusan Neelofa, bagi pihak Noor Kartini, yang cuba menjelaskan perkara tersebut.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya,” kata kenyataan itu.

Tangkap Layar dari Instagram Story @noorkartini Yang Tular Di Media Sosial

Menurutnya, individu yang dimaksudkan itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story tanpa menyedari menggunakan akaun @noorkartini.

Penjelasan Dari Noor Kartini Berhubung Dakwaan Menghina Sultan Johor

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga Diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” kata kenyataan tersebut.

Akaun milik Noor Kartini juga telah memuat naik kenyataan maaf berkenaan.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular