Pemecatan Tajuddin Rahman Taktik Alih Isu Kritikal Negara
1. Saya bersetuju bahawa YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman gagal mengendalikan sidang media dengan berhemah sehingga mengundang kemarahan rakyat.
2. Saya juga bersetuju bahawa beliau perlu meletakkan jawatan atas insiden ini bagi memulihkan semula imej Prasarana.
3. Namun begitu, bagaimana pula dengan kegagalan menteri-menteri PN dalam mengendalikan krisis wabak COVID19 yang ternyata lebih kritikal yang sehingga kini telah meragut lebih daripada 2,400 nyawa rakyat Malaysia.
4. Begitu juga dengan kegagalan Kerajaan PN menguruskan ekonomi yang bukan setakat gagal membawa pelaburan baru ke dalam negara, malah pelabur yang sedia ada turut lari membawa pelaburan mereka keluar.
5. Ini juga termasuk dengan kegagalan kerajaan menguruskan komunikasi antara agensi sehinggakan menyebabkan kekeliruan rakyat terhadap pelbagai perkara yang melibatkan pematuhan SOP.
6. Hari ini pula, rata-rata rakyat menzahirkan rasa kecewa dengan sistem pendaftaran vaksin AstraZeneca yang gagal diakses dengan baik.
7. Siapa pula perlu dipecat atas kegagalan demi kegagalan ini?
8. Adakah kerana Tajuddin Rahman bukan penyokong tegar Perikatan Nasional maka beliau boleh ‘dikorbankan’?
8. Bagi saya, pemecatan Tajuddin Rahman tidak lebih daripada sekadar usaha Kerajaan PN ingin mendapatkan populariti secara mudah dan bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih kritikal.
9. Ternyata Tajuddin Rahman gagal mengendalikan sidang media, tetapi beliau lebih baik daripada pemimpin no. 1 negara yang sehingga kini belum berani untuk menghadapi media secara terbuka apatah lagi menghadapi para ahli parlimen di Dewan Rakyat!
Aziz Kaprawi