Saturday, October 23, 2021
NASIONALPKP 3.0 Petunjuk Kerajaan PN Gagal Tangani Krisis Dengan Baik - Aziz...

PKP 3.0 Petunjuk Kerajaan PN Gagal Tangani Krisis Dengan Baik – Aziz Kaprawi

CYBERJAYA: Pengumuman perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seluruh negara menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal menangani krisis dengan baik.

Mengulas pengumuman tersebut, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Aziz Kaprawi berkata ianya satu bukti yang kukuh bahawa Kerajaan PN telah gagal mengawal penularan pandemik COVID-19

“Pengumuman YAB Perdana Menteri pada hari ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa Kerajaan PN telah gagal mengawal penularan pandemik COVID-19 sehinggakan terpaksa mengumumkan PKP menyeluruh untuk satu negara.

“Rata-rata rakyat kini berasa sedih, keliru dan bimbang dengan hala tuju kerajaan sekarang,” kata beliau di laman Facebooknya.

Ujar Aziz, SOP yang tidak tetap, kenyataan jurucakap kerajaan bercanggah antara satu sama lain, penguatkuasaan terpilih dan pelbagai perkara lain menjadi buah mulut rakyat ketika ini.

Menurutnya lagi, darurat yang diumumkan juga tidak memberi apa-apa erti dalam melawan penularan wabak ini tetapi dilihat untuk memberi kuasa perbelanjaan negara secara mutlak kepada Perdana Menteri tanpa perlu melalui sidang parlimen.

“Kegagalan demi kegagalan ini memberi kesan yang amat buruk bukan sahaja terhadap ekonomi negara malah terhadap kesejahteraan rakyat.

“Rakyat dihimpit dengan bebanan kehidupan dan ditambah pula dengan sekatan untuk mencari sesuap nasi.” tegasnya.

Beliau juga berasa hairan mengapa ekonomi taikun seperti sektor pembuatan dan sektor pembinaan yang menyumbang kluster penularan wabak tertinggi dibiarkan sahaja beroperasi.

Katanya lagi, kerajaan perlu sedar bahawa ketika ini rakyat tidak lagi percaya terhadap kewibawaan pemimpin kerajaan

Malah menurut Aziz lagi, pelabur juga bukan setakat tidak masuk malah lari ke negara jiran.

“Menteri MITI pergilah melawat 100 buah negara sekali pun apa yang beliau bawa balik hanyalah kenyataan sokongan sahaja tanpa satu sen pun pelaburan asing yang masuk.

” Apa lagi yang rakyat dan negara perlu tanggung akibat kesilapan dan kegagalan kerajaan pada hari ini? Soal beliau.

Cukup-cukuplah dengan kegagalan demi kegagalan, katanya. -SuaraTV

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular