Saturday, October 23, 2021
NASIONALTV AlHijrah Teroka Ruang Kerjasama Dengan Palestine TV

TV AlHijrah Teroka Ruang Kerjasama Dengan Palestine TV

Kuala Lumpur -TV AlHijrah terus komited melebarkan sayap dakwah serta menjadi pemangkin penyebaran mesej Islam di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

Manifestasi iltizam dan komitmen itu akan diterjemahkan menerusi pelbagai cabang serta ruang kerjasama yang bersesuaian serta memanfaatkan umah secara keseluruhan.

Terbaru, stesen berkonsepkan gaya hidup Islam itu bersedia meneroka ruang kerjasama dengan Palestine TV yang berpusat di Ramallah, Tebing Barat.

Komitmen itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, sewaktu pertemuan antara kedua-dua pihak yang diadakan petang semalam menerusi mesyuarat atas talian.

Kita akan rancang pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi kerjasama ini. Ia akan menjurus kolaborasi dari sudut kandungan Berita dan Ehwal Semasa serta dokumentari tentang budaya dan sejarah Palestin itu sendiri.

“Berita Alhijrah juga akan mendapat laporan dan visual secara terus serta potensi menerima laporan secara langsung daripada wakil Palestine TV yang berpusat dari Gaza, Baitulmaqdis, dan seluruh Palestin menerusi talian Skype atau Zoom.

Menurut Namanzee lagi, pihak Palestine TV turut bersetuju untuk memberikan akses secara terus bahan-bahan siaran termasuk kapsul-kapsul serta dokumentari pendek yang disiarkan mereka.

Turut dicadangkan siaran solat sunat Aidilfitri dari Masjidil Aqsa yang berkemungkinan disiar di TV AlHijrah, 1 Syawal 1442H nanti.

Perbincangan strategik itu turut dihadiri Duta Palestin ke Malaysia, H.E. Walid Abu Ali serta barisan pengurusan tertinggi kedua-dua organisasi.

Walid Abu Ali berkata bahawa beliau amat berkeyakinan dan menaruh kepercayaan kepada kemampuan serta kewibawaan TV AlHijrah dan Palestine TV dalam meneroka lebih banyak potensi kerjasama agar manfaat akan diperolehi kedua-dua pihak,

Antara yang menarik adalah pertukaran kandungan bahan-bahan siaran daripada TV AlHijrah termasuk kandungan yang mempromosikan pelancongan dan budaya negara ini bagi keperluan siaran dokumentari di Palestine TV.

Tambah Walid, peluang ini juga dapat digunakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai isu Palestin serta memberikan ruang kepada semua untuk membantu rakyat Palestin.

Dalam perbicangan itu juga, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperkemaskan kerjasama erat ini dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak yang dijadualkan selepas Aidilfitri.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular