Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAKuarantin Kendiri : Perbicaraan Ditangguh, Tapi Bekas Menteri PH Masih Hadiri Majlis...

Kuarantin Kendiri : Perbicaraan Ditangguh, Tapi Bekas Menteri PH Masih Hadiri Majlis Keramaian

Pada Isnin lepas, pendengaran kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen selepas tertuduh dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Peguam Datuk D. Senthinathan yang mewakili Anthony ketika memohon penangguhan perbicaraan memaklumkan bahawa anak guamnya dikuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April ini.

“Oleh itu, saya memohon satu penangguhan untuk perbicaraan kes hari ini,” kata peguam itu.

Hakim Azura Alwi menetapkan perbicaraan didengar pada 3 dan 4 Mei ini.

Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.

Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, melalui satu hantaran di Facebook yang dibuat akaun YB Hj Ahmad Hassan – P175 Papar semalam, Peter Anthony didakwa turut menghadiri satu majlis keramaian walaupun tempoh kuarantin kendiri belum tamat.

Peter Anthony yang sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April ini selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Susulan itu, perbicaraan kes yang melibatkan beliau turut terpaksa ditangguhkan.

Namun begitu, menjadi satu kemusykilan apabila beliau yang masih berada dalam tempoh kuarantin kendiri dilihat masih boleh menghadiri satu majlis keramaian pada tarikh 23 April 2021 (semalam).

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular