[VIDEO] “Sakit Sangat-sangat…” Nash Ceritakan Status Terkini Selepas Kemalangan

0
213

Penyanyi, Datuk Jamaludin Elias, 62, atau Nash yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), dekat sini petang semalam kini dilaporkan stabil.

Nash yang mendapatkan rawatan di Wad 5A di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini berkata, dia mengalami kesakitan di bahagian belakang selain bahagian atas dan bawah bibirnya luka dan dijahit.

“Alhamdulillah, keadaan saya sekarang stabil, tetapi bahagian belakang memang sakit sangat. Bibir saya kena jahit sedikit atas dan bawah serta luka di bahagian siku.

“Ketika kemalangan berlaku saya tidak sedar kerana tidur di sebelah pemandu tetapi memang masa itu hujan lebat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nash berkata, keluarganya telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan anaknya dari Shah Alam ke hospital untuk menemaninya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here