Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASABerbuka Puasa Di Masjid: PM, Azmin Langgar SOP Ditetapkan MKN?

Berbuka Puasa Di Masjid: PM, Azmin Langgar SOP Ditetapkan MKN?

Tatkala beberapa negeri memutuskan untuk menguatkuasakan larangan berbuka puasa di masjid, semalam tular beberapa keping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Azmin Ali hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Jamek daerah Gombak.

Susulan itu, beberapa pengamal media mempertikaikan majlis tersebut dan membandingkannya dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pemilik akaun Facebook Khairul Rizal Osman mempertikaikan kewajaran majlis tersebut dengan menulis;

Rakyat biasa tidak boleh berbuka puasa di dalam kawasan Masjid. Golongan kayangan dari kluster Menteri selamba sahaja buat majlis dengan pematuhan SOP tahap dewata raya.
Oh Malaysiaku.

Manakala pemilik akaun Azmy Awang pula menulis;

Maaf nak tanya, ni masjid dalam negeri mana boleh berbuka puasa?
Kami di selangor tak dibenarkan. Nak buat pahala nak jamu orang berbuka di masjid dan surau pun tak boleh.
SOP kat sini tak sama ke dengan tempat lain❗️
#KerajaanGagal
Ambik dari fb Khairul Rizal Osman

Hasil semakan yang dilakukan Malaysia Sentral terhadap SOP yang ditetapkan MKN mendapati Program berbuka puasa dan moreh di masjid dan surau adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Semakan lanjut yang dijalankan mendapati SOP yang ditetapkan bagi negeri Selangor adalah membenarkan program berbuka puasa dan moreh dijalankan di masjid dan surau negeri tersebut.

“Berbuka puasa dan moreh dibenarkan untuk pentadbir dan petugas tidak melebihi 25 orang. Boleh sediakan makanan berbuka seperti kurma, buah dan air mineral untuk jemaah transit,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, juadah moreh boleh disediakan oleh penyedia makanan yang dilantik dan diedarkan secara bungkus untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, penyediaan juadah berbuka secara bergotong royong di masjid atau surau tidak dibenarkan.

Sungguhpun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dibuat, sekalipun majlis tersebut dibenarkan, ada sebahagian yang menghadiri majlis tersebut tidak mematuhi etika penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka tidak dititik beratkan sepertimana kehendak Prosedur Operasi Standard (SOP).

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular