“Rakyat Akan Ingat BERSATU Sebagai Parti Pengkhianat Terbesar Dalam Sejarah Negara” – Dr Najmil Faiz

0
1249

KLUSTER PENGKHIANAT ADALAH BINATANG POLITIK

Sedap mengata UMNO dengan gelaran “Binatang Politik” yang ditujukan kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau mempunyai kes mahkamah.

Siapa Muhammad Faiz Na’aman ini hendak menghina pemimpin UMNO?

Jangan lupa kerana UMNO jugalah pemimpin kamu merasa menjadi Perdana Menteri dan Menteri walaupun memerintah dengan tidak mempunyai majoritinya.

Lain kali cermin diri dahulu sebelum menghina orang. Betapa jijiknya kamu mengkhianati mandat rakyat yang mengundi kamu atas nama Pakatan Harapan dan akhirnya meruntuhkan kerajaan sendiri kerana gila kuasa.

Rakyat akan ingat BERSATU sebagai parti pengkhianat terbesar dalam sejarah negara.

Rakyat akan ingat BERSATU sebagai pembunuh demokrasi berparlimen di Malaysia.

Rakyat akan ingat BERSATU sebagai entiti utama yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional kearah kegagalan termasuklah dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan juga kesihatan.

Lalu parti kamu menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengukuhkan kuasa dengan menerima ahli-ahli parlimen yang lompat parti untuk menyokong kerajaan.

Inikah kerajaan yang ingin rakyat Malaysia banggakan dan harapkan untuk masa depan yang lebih cerah?

Berseronoklah kamu sementara di atas. Dunia ini seperti roda. Rakyat akan menghukum BERSATU pada PRU-15.

Tak perlu kita nak berkawan dengan Kluster Pengkhianat kerana mereka adalah BINATANG POLITIK !!

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

*Artikel dipetik sepenuhnya dari Facebook Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here