Wednesday, October 20, 2021
NASIONALKritikan Shahidan Dibalas Dengan 10 Nasihat Jika Mahu Tarik Pelabur Dari Najib

Kritikan Shahidan Dibalas Dengan 10 Nasihat Jika Mahu Tarik Pelabur Dari Najib

Kenyataan terkini Datuk Seri Shahidan Kassim di Astro Awani agar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu perlu memberi kenyataan positif kepada kerajaan dan bersama menarik pelabur dijawab oleh Najib dengan jelas apa perlu dilakukan kerajaan.

Menurut Najib, jika hendak menarik pelabur maka kerajaan perlu melakukan 10 perkara mudah seperti di bawah;

1. Henti darurat. Pulihkan demokrasi.

2. Kawal Covid betul-betul. Jangan dengan cara separuh masak. Percepatkan kadar vaksinasi Covid-19.

3. Jangan salah gunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN untuk tujuan politik.

4. Pulihkan sebuah kerajaan dipilih rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli ‘katak’.

5. Hala tuju dan visi ekonomi yang jelas. Bukan visi seperti WKB2030 yang entah siapa faham.

6. Jangan sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain.

7. Jangan jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara

8. Jangan pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi dan negara dalam kerajaan PH dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik.

9. Jangan asyik memberi alasan-alasan tidak masuk akal kepada rakyat seperti “terlalu banyak orang tua dalam Parlimen”, “perlu 3 tahun 2 bulan untuk integrasi JPN/SPR untuk laksana Undi18”, “graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima”.

10. Jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.

Justeru Shahidan disaran meminta kerajaan melakukan 10 perkara di atas terlebih dahulu dan barulah mudah untuk semua pihak termasuk UMNO untuk bersama-sama membantu negara menarik pelabur.

Jika tidak, apa sahaja usaha akan gagal jika perkara-perkara di atas masih dipandang remeh atau tidak diendahkan oleh kerajaan.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular