[VIDEO] Tertidur Ketika Majlis Gradusi Huffaz, Timbalan Menteri Kerja Raya Kurang Sihat, Mohon Maaf

0
1607

Selepas video tular hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith tampil meminta maaf apabila tertidur semasa berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, Seremban semalam.

Permohonan maaf itu dibuat oleh wakilnya, Pegawai Tugas-Tugas Khas Farahiah Zubir yang memberitahu Ahli Parlimen Kuala Pilah itu keletihan dan berada dalam keadaan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.

“Untuk makluman Datuk Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

“Alhamdulilah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Eddin tertidur di kerusi ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan program tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here