Tuesday, September 21, 2021
SUKANZii Jia Juarai All England, Tewaskan Victor Axelsen

Zii Jia Juarai All England, Tewaskan Victor Axelsen

Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai kejohanan badminton Seluruh England (All England) buat pertama kali selepas menewaskan Victor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Birmingham, England itu, Zii Jia yang diletakkan selaku pemain pilihan ke-6 kejohanan dilihat berjaya mengimbangi cabaran yang dilakukan oleh Axelsen untuk menang set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, Axelsen yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-2 kejohanan berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengheret saingan ke set penentuan dengan keputusan 22-20.

Bersambung pada set penentuan, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia tampil lebih cemerlang dan tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 21-9 yang memakan masa keseluruhan selama satu jam 15 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas Axelsen yang berjaya menewaskannya di peringkat separuh akhir pada saingan All England edisi tahun lalu.

Kemenangan Zii Jia juga sekali gus menamatkan kemarau negara yang kali terakhir menjuarai kejohanan All England menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular