Wednesday, October 20, 2021
POLITIKSokongan Xavier Kepada Perikatan Nasional Bantu Ke Arah Kestabilan Politik

Sokongan Xavier Kepada Perikatan Nasional Bantu Ke Arah Kestabilan Politik

KUANTAN, 13 Mac  — Sokongan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membantu ke arah kestabilan politik, kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata beliau mengalu-alukan sokongan itu dan beranggapan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkenaan sedar betapa pentingnya untuk mewujudkan kerajaan yang stabil demi memastikan kelangsungan dan kebajikan rakyat terjaga ketika negara berhadapan pandemik COVID-19. 

“Soal keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hak peribadi beliau, tetapi yang penting kesediaan untuk menyokong kepimpinan perdana menteri, kerana kita perlukan kestabilan… hari ini tugas kerajaan PN untuk seimbangkan hidup dan kelangsungan hidup semasa pandemik ini,” katanya.

Saifuddin yang juga Pengerusi Bersatu Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota cawangan Semambu, di sini hari ini.

Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina dan India di Pahang terhadap PN, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata tumpuan kini diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada golongan berkenaan tanpa mengetepikan kaum Melayu. 

– BERNAMA

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular