Keputusan UMNO Tolak Bersatu Pada PRU15: Annuar Musa Persoal Kenapa Diputuskan Sebelum Dibawa Ke Persidangan Agung UMNO

0
1775

Artikel ini dipetik sepenuhnya dari hantaran Facebook Tan Sri Annuar Musa;

Kita di fahamkan pada 26hb Februari lalu,Presiden UMNO menulis surat kepada Presiden PPBM YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin memaklumkan keputusan MKT yg bermesyuarat pada 19hb Februari di Janda Baik bahawa;

1)Tidak ada kerjasama dgn BERSATU dalam PRU 15
2)Umno berpendapat kebersamaan umno dlm kerajaan hanyalah sehingga parlimen di bubarkan.

Sebagai ahli kita berhak mengetahui apakah berita ini benar.Jika benar,kenapa ahli tidak di beritahu mengenai tindakan tersebut.

Ahli juga perlu tahu,apakah benar 2 perkara tersebut sememangnya di putuskan oleh mesyuarat MKT.Jika benar tentu ahli mahu tahu,rasional keputusan itu di buat sekarang,sedangkan pilihanraya tak tahu bila.

Banyak persoalan yg timbul.Kenapa sudah di putuskan tidak berkerjasama sekarang,sedangkan ada usul usul sedemikian yg perlu di bawa ke Perhimpunan Agong terlebih dahulu.Mengapa mendahului PAU?

Sekiranya benar keberadaan umno dalam kerajaan hanya sehingga parlimen di bubarkan,apakah antara tarikh pembubaran hingga PRU di adakan,umno tidak berada dlm “caretaker govt?”

Tidakkah tindakan yg di buat dalam keadaan tarikh PRU belum di putuskan,memberi DISADVANTAGE kpd UMNO,kerana sudah tentu pihak kerajaan,khususnya PPBM mungkin tidak lagi memberi kerjasama kpd pemimpin UMNO,yg sudah mengambil pendirian menentang atau menolak PPBM.

Tidak berkerjasama dgn PPBM bererti tidak berkerjasama dengan PERIKATAN NASIONAL yg terdiri dari ahli gabungan parti parti PPBM PAS GERAKAN PBS STAR dll.Apakah ini menguatkan atau melemahkan parti?

Kalau sudah buat keputusan tidak berkerjasama dgn PPBM/PERIKATAN NASIONAL,maka ahli mahu tahu umno mahu berkerjasama dengan siapa?Bersendirian?..Dgn PKR DAN ANWAR?Dgn DAP DAN LIM KIT SIANG?..jajaran baru?

Apakah keputusan ini sudah di terima oleh Dewan Tertinggi BN,sedangkan dlm PRU kita bertanding atas nama BN?

Sebagai ahli,kita menunggu penjelasan para pemimpin.Sudah lama akar umbi dalam kekaburan tanpa mengetahui ke mana halatuju parti sebenarnya.

Jika keputusan benar di buat,usah bersembunyi.Beranilah berterus terang dgn ahli.Beritahulah pada ahli dan akar umbi..

Kita tunggu penjelasan terhadap perkara perkara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here