Kerja Pecah Belah Perpaduan Politik Melayu-Islam Adalah Kerja Syaitan – Ketua Armada

1
1623

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini melalui sebuah hantaran diFacebook miliknya menyifatkan gerakan sesetengah pihak yang berusaha memecah-belahkan perpaduan parti politik Melayu-Islam dikalangan PAS, UMNO dan Bersatu yang membentuk gabungan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerja syaitan.

Tulis beliau;

Kerja memecah belahkan perpaduan politik Melayu-Islam adalah kerja syaitan. Perbezaan boleh diuruskan demi kekuatan dan kestabilan politik negara.

Tanpa kesatuan dalam politik Melayu, semuanya akan hancur berkecai. Pra-syarat kekuatan Malaysia adalah kedaulatan politik Melayu-Islam sebagai tunjang kenegaraan.

Ambil ‘ibrah (pengajaran) daripada sirah jatuh-bangun umat Islam dan Melayu.

Di Andalusia, kita hancur sebab petty kingdoms (tawa’if).

Di Alam Melayu dan Dunia Islam kita dijajah kerana semangat kenegerian yang melampau ketika itu.

Senario politik hari ini menuntut kepada perkongsian, bukan lagi hegemoni tunggal.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Bersatulah wahai kaum Muslimin! Kita bina semula peradaban Melayu Raya demi kestabilan negara!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here