Susulan pengumuman tarikh baru pembukaan sekolah yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan semalam, dapat dilihat terlalu banyak pertikaian timbul dikalangan rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki turut tampil mempersoalkan kewajaran tarikh permulaan sekolah yang dijadualkan pada 01 Mac 2021. Menurut beliau, agak pelik pembukaan sekolah dijadualkan pada 01 Mac kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan berakhir pada 04 Mac 2020.
Melalui hantaran di Facebook, beliau menulis;
Umumnya bukan rakyat tidak setuju sekolah dibuka. Ya, banyak boleh selesaikan isu dan kekangan yang dihadapi majoriti rakyat yang tiada akses kepada internet yang sempurna, kekangan soal gajet, tablet atau alat peranti jika PdPR hendak diteruskan.
Rakyat juga keliru dan menerima mesej yang salah apabila dibuat pelancaran DidikTV untuk memperkasa PdPR? Diambil alih ‘Takeover’ saluran NTV7 untuk buat TV pendidikan?
Rakyat bertanggapan PdPR akan lebih lama lagi, menyebabkan ramai yang bergolak-gadai dengan segala cara termasuk berhutang dengan AhLong untuk membeli gadget buat pendidikan anak-anak.
Ingatlah! Bukan semua rakyat yang senang ketika ini dengan ramai yang dibuang kerja, hilang punca pendapatan, malah tiada sumber pendapatan tambahan dalam suasana pandemik ketika ini.
Yang peliknya kenapa tergesa-gesa hendak dibuka sekolah rendah 1 Mac sedangkan PKP pun hanya berakhir pada 4 Mac? Dengar kata perkara polisi sebesar ini tidakpun dibincangkan di dalam kabinet hingga ramai Menteri-Menteri sendiri terkejut dengan pengumuman semalam, betulkah?
#PemudaJurubicaraRakyat
#TradisiMembelaRakyat
BACA JUGA: Bergolok Gadai Beli Gajet, Membebankan Rakyat, Tiba-tiba Umum Sekolah Akan Dibuka Bermula Mac
Saya mewakili ibu bapa di negeri-negeri yang masih dikuatkuasakan PKP mempersoalkan kewajaran tindakan KPM membuat keputusan untuk mebuka sekolah bermula 1 MAC 2021 sedangkan PKP masih dilaksanakan disebabkan kes jangkitan Covid-19 harian yang masih tinggi.
Apakah kewajaran pembukaan sekolah ini?
1. 4 Negeri masih PKP dan kes harian Covid-19 masih tinggi.
2. Negara masih dalam tempoh darurat.
3. Sedangkan sebelum ini ketika PKPB pun KPM menutup sekolah. Inikan pula PKP.
4. KPM sedang mengambil langkah memperkasakan TV Pendidikan dan PDPR.
5. Dimanakah jaminan keselamatan murid-murid ketika bersekolah nanti?
6. Ibu bapa telah pun menghabiskan banyak dana dalam membantu anak-anak2 dalam PDPR. (Pembelian gajet, internet dll).
7. Sedangkan sidang Parlimen pun masih lagi ditangguhkan atas sebab keselamatan para menteri, mengapa keselamatan murid-murid sekolah pula diabaikan?
8. Adakah PKP dan perintah darurat ini hanya bermotifkan politik dan retorik semata-mata?
Untuk menyelamatkan individu dan parti politik tertentu tetapi pada masa sama mengambil
risiko membahayakan nyawa anak-anak kecil semasa bersekolah?
Diharapkan mendapat jawapan yang sewajarnya daripada KPM.