Thursday, October 21, 2021
NASIONALSugarbook: Tindakan Pantas Kerana Kerajaan Hari Ini Dibina Dengan Permuafakatan PAS?

Sugarbook: Tindakan Pantas Kerana Kerajaan Hari Ini Dibina Dengan Permuafakatan PAS?

Tindakan pantas yang diambil oleh pihak berkuasa menahan pemilik dan penggerak laman Sugarbook dipuji.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan tangkas yang diambil amat berbeza dengan zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.

Ini kerana katanya, kerajaan hari ini dibina dengan rakan strategik, permuafakatan daripada PAS.

Advertisement

“Apabila PAS bersama dengan kerajaan konsep ‘amar makruf nahi munkar’ ditekankan kerana Sugarbook ini menggalakkan satu rangkaian perzinaan, akses yang mudah seolah-olah orang order Grab Food, Grab Car, dan sebagainya menjadikan zina semudah itu,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini, media mendedahkan Malaysia antara tiga negara tertinggi seeking arrangement laman Sugar Dating yang mempromosikan budaya jijik melibatkan lebih 42,500 sugar daddy dengan lebih 12,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Riduan, lebih memalukan ia melibatkan pelajar IPT terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sebelum ini melibatkan ramai pelajar asing kerana aktiviti itu cara mudah untuk generasi muda mendapatkan wang.

Justeru itu, beliau menggesa pihak kerajaan bertegas serta memantau budaya jijik itu kerana difahamkan pemilik sesawang itu pernah menukarkan alamat ataupun link daripada Sugarbook ke Sucrebook yang memungkinkan akan bertukar-tukar lagi.

“Jadi perlu ada tindakan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memantau dan memintas gerakan ini dan tindakan tegas diambil kepada pemilik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pihak universiti untuk mengambil tindakan tegas terhadap para pelajar yang terlibat sama ada menamatkan atau memecat mereka daripada kampus jika berterusan mempamer dan mempromosikan aktiviti yang tidak sihat itu.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular