Saturday, October 23, 2021
NASIONALPemberian 150ribu Komputer Riba Yang Diumum Dalam Bajet 2021 Hanyalah Pinjaman, Denda...

Pemberian 150ribu Komputer Riba Yang Diumum Dalam Bajet 2021 Hanyalah Pinjaman, Denda RM300 Jika Hilang Atau Rosak

Seramai 150,000 orang pelajar bakal menerima komputer riba, tablet dan data melibatkan dana sebanyak RM150 juta pada Februari ini.

Kemudahan itu disediakan menerusi Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40).

Usaha itu pada peringkat awalnya dijangka akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

Dana tersebut merupakan sumbangan daripada 13 GLIC dan GLC mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melalui melalui satu entri Facebook miliknya mendedahkan bahawa pemberian itu bukanlah secara mutlak, sebaliknya pemberian 150,000 unit komputer riba tersebut dibuat secara pinjaman.

https://www.cerdik.org/ms/

Lebih mendukacitakan, bantuan komputer riba yang menyasarkan 150,000 keluarga B40 itu juga dilihat akan membebankan mereka sekiranya gajet yang diterima itu mengalami kerosakan atau hilang. Denda sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap setiap gajet yang rosak atau hilang.

https://www.cerdik.org/ms/

Untuk rekod, ketika kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak pernah mengadakan inisiatif pemberian netbook 1Malaysia secara percuma kepada para pelajar sekolah menengah yang terpilih. Namun, inisiatif ini dipandang rendah oleh orang ramai disebabkan logo 1Malaysia yang dilekatkan pada netbook yang mencerminkan kualiti spesifikasi yang rendah.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular