Belum pun reda isu tular tujuh pekerja J&T Express Perak yang terlibat dalam insiden membaling barang pelanggan, semalam seorang wanita pemilik akaun Facebook Mamaayu Admia Ayunormaslinda melalui satu status yang dimuatnaik memaparkan satu lagi tindakan yang dilihat kurang sopan apabila bungkusan yang diterima melalui syarikat penghantaran itu berbalut seluar dalam wanita.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, seorang daripada pekerja terbabit menafikan terdapat isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.
Melalui status yang dimuatnaik itu, wanita tersebut menulis;
Sangat mengecewakn kami sebagai seller dn juga Customer
Hari ni barang yang husband order sampai
Dengan box dibalutkan menggunkan seluar dalam ni. Sangat2 melampau.
Barang memang dalam keadaan baik
Kotak kemek habis saya tak kisah sangat
Tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni. 😥😥
.
Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna
Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.
#TolongAmiktindakantegas
#jntexpressmalaysia