Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASADimana Kerajaan Negeri P.Pinang? Syabas UDA Holdings Beri 300 Penduduk Di Tanjung...

Dimana Kerajaan Negeri P.Pinang? Syabas UDA Holdings Beri 300 Penduduk Di Tanjung Tokong Rumah Percuma

Seramai 300 penduduk di Tanjung Tokong, Pulau Pinang mampu menarik nafas lega mulai hari ini kerana penderitaan hidup mereka selama ini bakal berkurangan setelah ada pihak yang lebih prihatin sudi menjaga kebajikan mereka, berbanding kerajaan negeri.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat atau CSR, syarikat berkaitan kerajaan UDA Holdings Berhad telah bertindak pantas menghadiahkan rumah percuma kepada para penduduk tidak bernasib baik di kawasan tersebut pada hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias memaklumkan, UDA Holdings Berhad membina rumah percuma kepada 300 penduduk kawasan tersebut dengan tujuan mereka tidak lagi tinggal di kawasan rumah panjang seperti sebelum ini.

 

 

“Sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR), UDA Holdings Bhd. telah menyediakan rumah percuma kepada 300 penduduk kawasan ini untuk didiami.

“Mereka ini dari kalangan Bumiputera yang menetap di kawasan rumah panjang yang cukup daif. Mereka benar-benar mengharapkan pertolongan pihak kerajaan pusat.

“Justeru YB Menteri dan UDA Holdings Bhd mengambil langkah proaktif dalam membela nasib 300 penduduk tersebut,” katanya menerusi status di laman facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringgi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar melakukan ‘walkabout’ di Pulau Pinang dan melawat serta memberi sedikit bantuan kepada penduduk di Tanjung Tokong yang bakal berpindah ke pangsapuri baru, dibina oleh UDA Holdings Bhd tersebut.

Wan Junaidi dilihat begitu gembira dengan usaha UDA Holdings Berhad ini dan meminta agar ia dapat disegerakan bagi manfaat penduduk setempat.

“Saya berharap proses pemindahan dapat disegerakan agar penduduk di sini dapat mendiami rumah yang baharu dan selesa terutamanya di waktu pandemik ini. YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah berpesan sewaktu mesyuarat jemaah menteri supaya proses ini dipercepatkan,” katanya dalam hantaran di laman facebook beliau.

Langkah proaktif yang diambil oleh UDA Holdings Berhad ini turut mengundang komen beberapa netizen yang melihat kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membantu penduduk, khususnya Bumiputera setempat dalam memiliki rumah sendiri. – MSentral

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular