11 Dari 12 Kluster Baharu Datangnya Dari Tempat Kerja

0
323

SEBANYAK 12 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dengan 11 daripadanya dikaitkan dengan kluster tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Katanya satu lagi kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

 

Dr Noor Hisham berkata semua kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu dengan melibatkan jumlah 373 kes.

 

Jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 888 dan 441 daripadanya merekodkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Kluster paling tinggi mencatatkan kes adalah Kluster Industri Serkam dengan 257 kes disusuli, Kluster Industri Kampung Baharu (167 kes), dan Kluster Mayang Pasir (102 kes).

 

Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 447 kluster termasuk lima kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here