‘Dr Dzul, Saja Nak Bagi Tahu Yang Batu Api Tu Tak Masuk Syurga’

0
428
PUTRAJAYA, 12 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) ketika sidang media mengenai situasi terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye (tengah), Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DR DZULKEFLI SEORANG BATU API

Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menggesa penggantinya Dr Adham Baba dan dua timbalannya untuk mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan KKM atau mengundurkan diri.

Dia berkata demikian selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dia hanyalah utusan yang mewakili pandangan kolektif pakar kementerian itu yang bekerja di belakang tabir.

Isu ini mula timbul selepas Dr Noor Hisham dihentam ramai pihak kerana dipercayai mendahului Perdana Menteri, barisan Kabinet dan Sidang MKN ketika mengumumkan kepada media bahawa tempoh PKP 2.0 tidak akan dilanjutkan.

 

Keratan laporan Malaysiakini

 

Untuk menutup kesalahan diri, maka Dr Noor Hisham kembali memberitahu media bahawa dia hanya utusan. Yang membuat keputusan bukan dirinya seorang.

Ini benar! Dr Adham memberi kuasa kepada Dr Noor Hisham untuk menjadi jurucakap dalam urusan kesihatan COVID-19 ini. Ia suatu penghormatan kepada penjawat awam yang tidak pernah diberi ketika zaman PH perintah dahulu.

Dimana-mana sidang media semasa PH dahulu, ketua jabatan hanya berada di sisi dan berfungsi seolah-olah pemberi maklumat kepada menteri sahaja.

Yang mengambil ‘milage’ hanyalah menteri dan timbalan menteri sepenuhnya.

Namun KKM mengamalkan perkara berbeza. Menterinya sanggup menurunkan kuasa kepada KP untuk menjadi jurucakap yang pasti akan ditonton setiap hari oleh rakyat.

Dalam isu ini, Dr Dzulkefli yang merupakan bukan doktor perubatan tetapi dilantik menjadi Menteri Kesihatan dilihat sengaja mahu melaga-lagakan ahli kabinet dengan penjawat awam.

Kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini itu hanya memberi imej negatif dan mencetuskan perbalahan dalam pasukan KKM yang sedang menjadi frontliners melawan COVID-19.

Apakah Dr Dzulkefli mahu menghancurkan pasukan frontliners yang sedang melawan COVID-19?

Apakah Dr Dzulkefli rasa beliau akan menjadi orang yang benar ketika melakukan hasutan jahat ini?

Rasulullah SAW bersabda:”Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah (mengadu domba)” (HR Bukhari dan Muslim).

Semoga Dr Adham dan dua timbalannya sentiasa bersabar dan bertahan dalam melawan virus COVID-19 ini. Jangan dilayan serangan-serangan jahat sebegini.

Firman Allah,”Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”.

ABDULL
Putrajaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here