Benarkah 99 Peratus Ketua Pemuda UMNO Bergelar Jutawan?

0
415

DAKWAAN mengenai hampir kesemua Ketua Pemuda Umno bergelar jutawan adalah tidak benar.

 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Fuad Zakarshi, berkata dakwaan dibuat oleh Felo Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Mohd Asri Mohd Ali itu adalah fitnah.

 

Menurutnya, Dr Asri hanya mencemarkan nama baik MPN, jika fitnahnya itu hanya berasaskan persepsi bukan kajian ilmiah.

 

“Ini satu lagi fitnah. Tetapi itulah dakwaan Dr Mohd Asri Mohd Ali Felo Majlis Profesor Negara dalam forum FB Live “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?

 

“Dia dakwa itu hasil kajian ilmiahnya, namun apakah kajian itu seperti mana majalah Forbes mengumpul data untuk menentukan individu-individu terkaya di dunia?” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

 

Beliau berkata, jika setakat beberapa orang menghadiri Mesyuarat Exco Bahagian dengan kereta mewah itu bukan fakta untuk mengatakan 99 peratus Ketua Pemuda Bahagian adalah jutawan.

 

“Apatah lagi kalau cerita kereta Porsche itu tidak benar. Ketua Pemuda Bahagian saya datang mesyuarat naik motosikal sahaja.

 

“Dia berbelit-belit pasal 99 peratus itu, sekejap kata 99 peratus Exco Pemuda, sekejap kata 99 peratus Ketua Pemuda Bahagian. Lepas itu dia kata 99 peratus Ketua Bahagian pula. Mana yang betul?” katanya.

 

Menurutnya, kalau 99 peratus bermakna bermakna 191 daripada 192 Ketua Pemuda Bahagian Umno adalah jutawan dan ia tidak login sama macam membuat dakwaan bahawa 99 peratus rakyat Malaysia jutawan.

 

“Dr Asri patut tanya Syed Saddiq bekas Ketua Armada kenapa ada pemimpin Armada terlibat dengan dadah. Bukan setakat khayal tetapi buat dadah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here