Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASATok Pa Masih Dirawat, Seru Ahli Politik Patuh Titah Agong

Tok Pa Masih Dirawat, Seru Ahli Politik Patuh Titah Agong

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Sri Mustapa Mohamad masih dalam pemerhatian setelah mendapat rawatan selama 11 hari kerana positif virus Covid-19.

Beliau menulis di laman Facebooknya bahawa doktor masih perlu merawat paru-parunya tetapi beliau mengaku dan merasa lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kandungan oksigen ok, tekanan darah ok, darah keseluruhan ok, makan pun ok walaupun selera belum 100 peratus,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Jeli yang dikenali sebagai Tok Pa itu mengucapkan penghargaan kepada kakitangan di hospital Raja Perempuan Zainab II, yang menurutnya telah bekerja tanpa lelah.

“Covid-19 masih mengancam, hospital dan ICU (unit rawatan rapi) kita semakin penuh. Jaga diri dan keluarga baik-baik.

“Rakyat perlu patuh SOP 100 peratus. Penguatkuasa jangan berkompromi.

“Rakyat dan penguat kuasa ambil serius arahan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Mustapa turut menggesa ahli politik – tanpa mengira fahaman mereka – untuk mengurangkan “politiking” dan memastikan suhu politik tetap terkawal.

“Patuh dan akurlah dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyelamatkan nyawa serta kehidupan kita semua,” katanya.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular