Thursday, October 21, 2021
ISU SEMASASajjat Didakwa Kerana Pakai Baju Wanita Dalam Majlis Bacaan Yasin

Sajjat Didakwa Kerana Pakai Baju Wanita Dalam Majlis Bacaan Yasin

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dalam prosiding pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sajjad didakwa melakukan kesalahan itu di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada jam 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Pada 6 Jan lalu, tular sebuah video dalam laman sosial yang dirakamkan secara langsung menunjukkan usahawan kosmetik itu sedang menangis dalam keadaan tangannya bergari.

Beberapa hari kemudian, Muhammad Sajjad tampil di laman Instagram miliknya dan menjelaskan dirinya telah ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersabit dengan laporan yang dibuat pada 2018.

– Bernama

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular