Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASABantuan Khas Terbesar Untuk KKM Bagi Lawan COVID-19

Bantuan Khas Terbesar Untuk KKM Bagi Lawan COVID-19

PERUNTUKAN BANTUAN KHAS TERBESAR KKM UNTUK MEMERANGI PANDEMIK COVID19 DAN PENYEDIAAN VAKSIN UNTUK RAKYAT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 18 Januari 2021. Semasa pengumuman tersebut, KKM telah diberikan peruntukan sejumlah RM800 juta bagi keperluan petugas barisan hadapan yang melibatkan perolehan Kelengkapan Perlindungan diri (PPE), Reagen, Kit Saringan, Hand Sanitizer dan Bahan Guna Habis (consumable).
KKM juga telah diperuntukkan sebanyak RM3 bilion untuk penyediaan vaksin COVID-19 dengan pelan vaksinasi yang sedang dirancangkan akan bermula pada selewat-lewatnya pada bulan Mac 2021.
Kerajaan begitu prihatin dengan pertambahan beban tugas sedia ada barisan hadapan KKM, justeru itu sebanyak 3,500 kakitangan bertaraf kontrak akan diambil pada hujung bulan Januari 2021 yang melibatkan jururawat, anggota paramedik dan sebagainya.
Manakala bagi mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan negara, sebanyak RM100 juta disediakan untuk merealisasikan kerjasama dengan hospital swasta di mana hospital swasta akan menerima dan merawat pesakit COVID-19 serta bukan COVID-19.
Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan bilangan pesakit COVID-19 yang menerima rawatan daripada sektor kesihatan awam khususnya di hospital COVID- 19.
Kerajaan meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk memastikan sistem kesihatan awam akan terus berkhidmat kepada rakyat bagi memerangi pandemik COVID-19.
Dengan pengumuman langkah-langkah tersebut, KKM menyeru supaya kita bersama-sama memerangi penularan COVID-19, secara bersepadu.
Dr Adham Baba

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular