Wednesday, October 20, 2021
POLITIKSlogan "No Anwar, No DAP" Didendang Hanya Untuk Nampakkan Annuar Hero Melayu

Slogan “No Anwar, No DAP” Didendang Hanya Untuk Nampakkan Annuar Hero Melayu

ANNUAR MUSA BUKAN DIPECAT

Kenapa Annuar Musa meraban? Dia bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar.

Ku Nan pernah dugugurkan sebagai Setiausaha Agung BN. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah Presiden parti.

Ahmad Maslan pernah jadi Ketua Penerangan UMNO. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ahmad Maslan tidak pun buat PC belasah Najib.

Tetapi lain pula Annuar Musa. Nampak “his true color”. Dia kata, surat Zahid kepada YDP Agung sokong Anwar sebagai PM adalah tulen. Dia belasah Presiden.

Ramai tidak tahu, Annuar Musa desak Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO buat laporan polis kononnya surat itu adalah palsu yang sengaja direka oleh Anwar.

Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut game plan Hamzah Zainuddin. Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula?

Sebab itu slogan “No Anwar No DAP” bukan punca dia dipecat. Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban.

UMNO Moving Forward.

*Artikel dipetik sepenuhnya dari Facebook Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular